lame dh x hapdet blog neh...
tgk sana sini bhabok...
penat gak vacum n kemaskn balek blog neh...
ahhahaha...
okla entry kali neh aku nk kopipes je...
kopipes dari email yg aku dpt...
email tu berbunyik camneh...
Merakyat, Apa Benda?
1. Saya ingin menegur kecenderungan dan keghairahan media kita melabel
segelintir pemimpin sebagai berjiwa rakyat atau merakyat.
2. Label merakyat atau berjiwa rakyat ini amat 'sacred' dan sungguh luhur
sekali.
3. Tiada pemimpin dari mana-mana kumpulan pun setakat ini berhak
disematkan dengan label sedemikian bagus.
4. Sekiranya pemimpin tersebut berjalan kaki 3 kilometer (sekali), atau
turun minum (sekali) di Puduraya, atau naik lrt/monorel dari stesen KL
Sentral (sekali) ke mana-mana destinasi, ia belum dapat dinilai sebagai
merakyat, atau berjiwa rakyat.
5. Contoh terbaik merakyat ialah Rasulullah saw. Kemudian, jika kita
membaca buku sejarah, seperti Khilafah wal Mulk karangan Abu Ala al
Maududi; antara khulafa ar rasyidin pun yang benar-benar merakyat hanyalah
pemerintahan Saidina Ali. Amat sedikit contoh dapat dibuat dari
pemimpin-pemimpin Islam atau ummah setelah itu kerana sejak Islam ditadbir
secara monarki, istilah merakyat hanya digunakan sebagai propaganda
politik. Yang ada hanyalah meraja. Seperti yang telah diperlihatkan secara
buruknya oleh Muawiyah dan raja-raja seterusnya. Hatta pemerintahan Turki
Othmaniyyah yang diwarwar sebagai pemerintahan Islam terakhir pun tidak
merakyat. Sila kunjungi istana-istana sultan tersebut yang masih boleh
dikunjungi hari ini.
6. Di zaman moden, pemimpin seperti Mahatma Gandhi layak diberi gelar
kudus tersebut, iaitu merakyat. Saya kira belum ada lagi pemimpin dari
mana-mana parti politik di Malaysia setaraf dengan Mahatma Gandhi;
mencontohi Rasulullah saw atau Saidina Ali, Omar mahupun Abu Bakar jauh
sekali.
7. Ini bermakna kempen istilah 'merakyat' yang digunakan oleh sesetengah
media hanyalah satu retorik kosong.
8. Pada saya, sekadar satu contoh; pemimpin kita hanya boleh dianggap
merakyat jika ikut sama terperangkap dalam kemacetan lalu lintas dari
Senawang ke Sungai Besi (di lebuhraya Utara-Selatan) dan turut merasai
bagaimana kejang letihnya kaki menukar gear kenderaan, atau merasai
bagaimana halnya mahu terkincit atau terkencing ketika kereta hanya
bergerak-gerak manja sedangkan tiada kemalangan di hadapan. Rasailah
bingung dan geram ini seperti mana rakyat rasai. Gejala ini misalnya kerap
berlaku ketika musim perayaan atau cuti panjang. Ia misalnya turut berlaku
semalam di lebuhraya Utara-Selatan.
9. Itu hanyalah satu contoh murni dari saya. Saudara mungkin ada contoh
lain.
10. Saudara dipelawa mencatat contoh-contoh merakyat yang boleh dicuba
oleh pemimpin kita seperti 1) memanjat flat dua puluh tingkat ekoran
kerosakan lif sejak berbulan-bulan kerana tidak dibaiki pentadbir, atau
contoh lain ialah 2) pemimpin hanya dapat dianggap merakyat apabila setiap
hari menggunakan komuter dari Rawang ke Bank Negara seraya terpeleot
dengan muka terpenyek di cermin jendela komuter, sambil terpaksa mencium
bau bacin ketiak pendatang asing. 3) mengharung banjir kilat yang amat
menyeksakan. Atau ya...banyak lagi contoh-contoh merakyat yang kita ini
rakyat lalui hari-hari.
11. Saya ulangi, kalimah merakyat itu suci, jangan menggunakannya sesuka
hati. Kerana ia mungkin akan makan diri. Kita yang benar-benar rakyat ini,
silap haribulan boleh naik meluat!
Jadi, apa lagi; sila senaraikan contoh daripada anda sendiri. Anggaplah
ini sebagai satu aktiviti rakyat pada hari isnin:
dipetik dari:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009_05_01_archive.html
sekian....
Kenangan dengan public phone
2 days ago
0 comments:
Post a Comment