Wednesday, April 29, 2009

Kempen sopan santon amalan mulia....

Assalamualaikum n slmt pagi...

Hari ni bermulanye kempen sopan santun untuk aku dlm satu forum yg aku cukop aktif....
aku tpakse mengharungi kesusahan tuk menjadi sopan selama 5 hari kerana aku telah menyahut cabaran daripada Admin forum tsebut....

aku agak tkejut pada mulenye bile aku dapati name aku tersenarai dlm kesebelasan utama yg di pandang berat oleh Admin tuk berubah menjadi sopan...tp x lame...
just 5 hari je...
tp 5 hari tlalu lame bg aku tuk tetibe jadi pemosting yg penoh sopan santun ....
ianye spt satu seksaan baten bg diri aku....
warghkaghkaghkaghkaghkaghkaghkah........

berikut adalah titah perintah dari Admin forum berkenaan.....
___________________________________________________________________
Salam buat warga BDN,

Satu Kempen Berpostinglah dengan Bersopan Santun akan diadakan bermula dari hari Rabu, 29/04/2009 - 03/05/2009 (Ahad).

Kempen ini dilancarkan untuk mencabar ahli-ahli BDN yang terpilih supaya tidak melakukan amalan kurang sopan seperti membuat posting kokap, mengarut, offtopik, mengutuk user lain dgn laser, menggunakan ayat-ayat dan perkataan kasar dan tidak sopan secara terang-terangan, di forum BDN di dalam suatu tempoh yang tetapkan.

Ahli-ahli yang terpilih adalah seperti berikut:
  • Dd
  • erfi
  • jarr
  • DarkEmperor
  • akma
  • perangai
  • MUfanz
  • pablo the don
  • Sixshot
  • Slash
  • jaabil
Ahli-ahli tersebut di atas mesti menggunakan bahasa yang sopan dan berhemah di dalam posting-posting mereka dalam tempoh 5 hari tersebut seperti memulakan posting dengan salam, menggunakan perkataan penuh dengan ejaan yang penuh, dan lain-lain penggunaaan yang mengikut tatasusila kita sebagai orang timur yang terkenal dengan adat dan sopan-santun.

Tempoh: 29 April (Rabu) - 3 Mei (Ahad)

Penyertaan sukarela ahli-ahli lain yang merasakan diri mereka mmg tidak sopan dan perlukan akitiviti latihan senaman kesopanan sebegini amatlah dialu-alukan.

Tindakan tidak akan diambil sekiranya anda mengingkari arahan, tetapi anggaplah ini sebagai aktiviti sihat yang jarang-jarang sekali diadakan di forum BDN ini.

Saya akan memantau posting-posting anda, dan sesiapa yang berusaha menjayakan kempen ini dengan bersungguh-sungguh, hadiah misteri akan menanti anda!

Sekian, kerjasama anda dalam hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

____________________________________________________________________

drpd list2 yg disenaraikn...
aku sorg je user yg paling baru dlm list....
yg laen2 sume kire otai2 dlm forum tu...
waaaaahhhhh kirenye aku neh same hebat la dgn otai2 dlm forum tu padahal aku baru join 4 bln....
femes betol aku neh....
warghkaghkaghkaghkaghkaghkah......

tp walaucamner pn aku rase agak sangsi dgn keberkesanan kempen neh....
coz klu tgk senarai2 name yg dilistkn tu sume punyai reputasi yg bkn calang2 hebat lagi dalam offtopic, laser, kokap (lucah), mencarot n sbgnye.....

lagipn sume yg tsenarai(tmasok aku) tu pemosting tegar dlm forum tu n slalu gune ayat2 yg direct teros...xde nk simpan2 or blapek neh wakakakakakaka........
mesti ramai user laen yg terase hati or yg lagi terok, menanges 4 hari 7 mlm bile bace komen2 kiteorg thadap permasalahan yg timbul pada diri diaorg...
warghkaghkaghkaghkaghkaghkaghkaghkah......

haih harap2 aku bjaye menyopankn diri aku selama 5 hari tsebut even agak sukar bagi aku coz aku nk menang hadiah misteri tu...

huiii aku mmg suke misteri2 neh wakakakakaka.....

0 comments: