Wednesday, May 12, 2010

Mari berjudi....

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'


Mei 12, 10 11:00am
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

[Berita penuh menyusul]

SOS Chili

aku ingatkan natang neh maseh dalam perbincangan...
or perhaps x jadi...

tapi menjadi gak mende lesen judi haram neh.....
katenye tuk mengurangkan judi haram....
maka kene bagi lesen....

ffffffffuuuuuuuuuuuuuuuu......
alasan x bley blah....

so pasneh bley la keluarkan lesen rogol, samon, ragot, bunoh etc etc....
coz dgn lesen boleh mengurangkan kadar kes sedemikian rupe....

then aku tertanye2...
duet hasel drpd lesen tuh salor kemane agaknye???
dgr citer salor ke pembangunan sukan negara neh....
heh memang bertambah merundom la jawabnye sukan negara neh nanti....
plus aku agak skeptikal lah...
kalau2 100% salor ke pembangunan sukan....
kalau betol salor pon aku rase dalam 10% kot...
agaknye lah....

plus mende neh lebey kpd negatif berbandeng positif....

seolah2 menggalakkan rakyat berjudi...
even ade amaran org islam dilarang berjudi pon...
bukannye diaorg check sorang2 sape yg join tu islam ke idak...
sekadar cukop syarat je ayat tuh...
yg penting duet masyuk wooooo.....

even ade lesen pon aku rase x berkurang pon judi haram....
still jalan gak....
plus mayb lagi ramai yg carik judi haram....
coz pulangan yg lebey...
xde kene bayar "tol" itu n ini...

ape2 je lah...
pepehalpon....

MAJULAH JUDI UNTUK NEGARA!!!
heh....

0 comments: